27/11/2011

Proses Meng"EDIT"

This is my new prezi because Dr Nurul want everyone to improve the content about the topic.

http://prezi.com/5sbzsafmjdll/aku-media-dan-teknologi/

18/11/2011

The Result!!!

Minggu ini tugasan yang amat berat telah diperoleh oleh kami. Pada mulanya tercengang. 
"Buat dalam masa 3-4 hari. Mana sempat siap."

.........................^^^^^...........^^^^...........................................

Nak tak nak kena buat. Buat punya buat punya buat, akhirnya ni la hasilnya yang tak seberapa...

MY FIRST PREZI




24/10/2011

Rancangan Pengajaran Harian

Minggu ini kumpulan kami (saya, arma, safuan, taufik) sibuk menyiapkan tugasan RPH sehingga komponen yang ketiga. Kami membahagikan tugasan dan setiap seorang mendapat bahagian mereka sendiri. Tajuk yang telah kami pilih ialah hukum gas yang merangkumi hukum Boyle, hukum Charles, dan hukum Gay Lusaac. Doakan kami supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya...


~APA YANG PENTING, KERJASAMA~

18/10/2011

Kemahiran Mikropengajaran: Part 2

KEMAHIRAN MENERANG

Tujuan Menerang
¨Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
¨Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
¨Pelajar dapat mengikut arahan

Jenis-jenis Penerangan
¨Penaakulan
¤Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan
¤Menstruktur semula konsep atau idea
¨Interpretatif
¤Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan
¤Idea, konsep, prinsip, atau teori
¨Diskriptif
¤Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur
¤Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu


17/10/2011

Kemahiran Mikropengajaran

KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN

Tujuan fasa permulaan pengajaran
¨Menarik perhatian pelajar
¨Membantu pelajar bersedia: sudut kognitif dan afektif
¨Memperkenalkan objektif pembelajaran
¨Membina aliran pemikiran
¨Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar


KAEDAH MENYOAL

Tujuan Menyoal
¨Memulakan inkuiri
¨Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
¨Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
¨Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
¨Menggalakkan pelajar bertanya soalan
¨Membina kemahiran berfikir
¨Meminta penjelasan idea pelajar
¨Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
¨Mentaksir kefahaman pelajar

12/10/2011

Inkuiri Lab

Kelas minggu ini, kami telah belajar tentang pembelajaran ikuiri dengan menggunakan kaedah inkuiri lab. Bagi menjalankan eksperimen prinsip Archimedes telah dipilih untuk diaplikasikan di dalam kelas. setelah membuat eksperimen, kami dapat mengenal pasti hubungan antara daya dan air sesaran. Tiga pemboleh ubah telah dikenalpasti dalam menjalankan eksperimen ini. Tiga pemboleh ubah tersebut ialah dimanipulasikan, dimalarkan dan bergerakbalas.

05/10/2011

Seminar: Malaysia dan Nuklear

Seminar telah berakhir dengan jayanya walaupun kami membuat persiapan dan merancangnya kurang daripada empat minggu. Walaupun bilangan penyertaannya tidak ramai, seminar ini tetap berjaya menambat hati beberapa pensyarah, staf-staf serta pelajar-pelajar UPSI yang lain terutamanya yang bukan dari fakulti sains dan matematik. Ceramah yang disampaikan cukup berkesan dan berjaya memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang tenaga nuklear kepada penonton. Sesi soal jawab untuk penceramah juga sangat menarik sehinggakan penonton berebut-rebut untuk bertanyakan soalan. Majlis berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari dan sebelum berakhirnya majlis, kami pelajar-pelajar AT12 Pendidikan Fizik telah membuat pementangan tentang kajian yang dijalankan terhadap tenaga nuklear. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Kerjasama anda amat dihargai.


Lima perkara menarik tentang seminar:
1) Tempat seminar ditukar dari Dewan Sri Tanjong kepada Auditorium Utama kerana pelajar-pelajar diploma sedang menduduki peperiksaan.
2) Tiada penyertaan dari sekolah sekitar Tanjong Malim berkemungkinan surat yang dihantar oleh pihak kami tidak sampai di individu yang sepatutnya.
3) Aturcara program terpaksa diubah memandangkan penceramah sudah sampai seawal pagi.
4) Tetamu kehormat ada yang tidak dapat hadir pada saat akhir sehingga kami terpaksa bertungkus-lumus mencar pengganti.
5) Makanan tetamu kehormat banyak berlebihan dan ada diantara kami membungkus membawa balik. Hehehe...