28/09/2011

Pandangan Dr Mahathir (Nuklear di Malaysia)

Ini adalah persiapan saya untuk berdebat pada hari isnin akan datang


psst: harap hari isnin nanti saya akan dapat berdebat dengan baik ;-)

26/09/2011

Minggu Ketiga (Kemahiran Proses Sains)

Kami diberi tugasan oleh Dr Nurul untuk mencari beberapa kemahiran proses sains. Antara kemahiran-kemahirannya adalah:

1) Pemerhatian (observing)
  • kemahiran menggunakan 5 deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu perkara
2) Pengkelasan (classifying)
  • menggunakan pemerhatian untuk mengelas objek mengikut persamaan atau perbezaan
3) Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)
  • kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
4) Membuat inferens (inferring)
  • kesimpulan awal untuk menerangkan kejadian, fenomena atau peristiwa berdasarkan pemerhatian yang dibuat.
5) Membuat ramalan (predicting)
  • proses yang berlaku berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang hubungan pembolehubah
6) Komunikasi (communicating)
  • kemahiran merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat dalam pelbagai bentuk.
7) Penggunaan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
  • proses yang melibatkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa
8) Mentafsir data (interpreting data)
  • kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul
9) Hipotesis
  • membuat satu pernyataan yang menghubungkaitkan pembolehubah

-sekian-

20/09/2011

Minggu Kedua Kuliah No 3

Kelas bermula seperti biasa dan kami diperkenalkan dengan tajuk pembelajaran inkuiri. Pembelajaran inkuiri merupakan pembelajaran yang berasakan soalan dan merangkumi aspek-aspek berikut:

  1. Pendidikan - proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik.
  2. Pengajaran - tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pelajaran
  3. Pembelajaran - proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang boleh diaplikasikan.
  4. Instruksi - proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain.
  5. Teknologi - sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia.
  6. Penaksiran - proses mengumpul data tentang perkara yang pelajar tahu dan boleh lakukan. 

Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan teknik KWHL iaitu:

K - Know
W - Want
H - How
L - Learned

Teknik ini merupakan advance organizer untuk membantu pelajar menghubungkan sesuatu maklumat yang ingin dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada dalam diri pelajar.

19/09/2011

Nuclear Energy

Nuclear Energy, energy released during the splitting or fusing of atomic nuclei. The energy of any system, whether physical, chemical, or nuclear, is manifested by the system’s ability to do work or to release heat or radiation. The total energy in a system is always conserved, but it can be transferred to another system or changed in form.


Until about 1800 the principal fuel was wood, its energy derived from solar energy stored in plants during their lifetimes. Since the Industrial Revolution, people have depended on fossil fuels—coal, petroleum, and natural gas—also derived from stored solar energy. When a fossil fuel such as coal is burned, atoms of hydrogen and carbon in the coal combine with oxygen atoms in air. Water and carbon dioxide are produced and heat is released, equivalent to about 1.6 kilowatt-hours per kilogram or about 10 electron volts (eV) per atom of carbon. This amount of energy is typical of chemical reactions resulting from changes in the electronic structure of the atoms. A part of the energy released as heat keeps the adjacent fuel hot enough to keep the reaction going.

13/09/2011

Cerita Hari Ini

Seperti biasa kelas bermula tepat jam 8 pagi. Hari ini kami belajar tentang penaksiran yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh Dr. Huda.


Penaksiran ---> merupakan proses mengumpul maklumat mengenai perkara yang kita tahu dan boleh dilakukan.


Sebagai seorang guru, proses penaksiran ini ibarat isi dengan kuku. Hal ini disebabkan proses penaksiran ini perlu berterusan dari masa ke masa. Contoh kaedah penaksiran ialah seperti :

  • kuiz
  • soal jawab
  • peperiksaan
Kami juga telah belajar tentang cara-cara membuat wikispaces. Baru saya tahu membuat wikispace amat menarik sekali. Di dalam wikispaces kami dikehendaki memasukkan fakta-fakta yang berkaitan dan boleh dibaca, dikongsi dan diubahsuai oleh orang lain.


~sekadar untuk dikongsi bersama~

12/09/2011

Finally I Have My Own Blog

Assalammualaikum.
Welcome to my education blog. Hope you're enjoy read my blog.
Superbia In Proelia!!!