05/10/2011

Seminar: Malaysia dan Nuklear

Seminar telah berakhir dengan jayanya walaupun kami membuat persiapan dan merancangnya kurang daripada empat minggu. Walaupun bilangan penyertaannya tidak ramai, seminar ini tetap berjaya menambat hati beberapa pensyarah, staf-staf serta pelajar-pelajar UPSI yang lain terutamanya yang bukan dari fakulti sains dan matematik. Ceramah yang disampaikan cukup berkesan dan berjaya memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang tenaga nuklear kepada penonton. Sesi soal jawab untuk penceramah juga sangat menarik sehinggakan penonton berebut-rebut untuk bertanyakan soalan. Majlis berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari dan sebelum berakhirnya majlis, kami pelajar-pelajar AT12 Pendidikan Fizik telah membuat pementangan tentang kajian yang dijalankan terhadap tenaga nuklear. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Kerjasama anda amat dihargai.


Lima perkara menarik tentang seminar:
1) Tempat seminar ditukar dari Dewan Sri Tanjong kepada Auditorium Utama kerana pelajar-pelajar diploma sedang menduduki peperiksaan.
2) Tiada penyertaan dari sekolah sekitar Tanjong Malim berkemungkinan surat yang dihantar oleh pihak kami tidak sampai di individu yang sepatutnya.
3) Aturcara program terpaksa diubah memandangkan penceramah sudah sampai seawal pagi.
4) Tetamu kehormat ada yang tidak dapat hadir pada saat akhir sehingga kami terpaksa bertungkus-lumus mencar pengganti.
5) Makanan tetamu kehormat banyak berlebihan dan ada diantara kami membungkus membawa balik. Hehehe...

No comments:

Post a Comment