03/10/2011

Berlangsungnya Perdebatan

Tajuk: Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia

Speaker Dewan: Mohd Hafiz b Md Zin
Penjaga Masa: Mohd Hasif b Yasin
Barisan Kerajaan: 1) Ahmad Tarmimi b Ismail
                              2) Nurul Ain b Mohd Jamil
Barisan Pembangkang: 1) Muhamad Hanafi b Abdul Maulud
                                       2) Nurul Hafizah bt Mat Isa

Perdebatan berlangsung selama hampir lebih kurang sejam setengah. Pelbagai ragam dan karenah dari pihak kerajaan dan pembangkang dapat dilihat dalam usaha untuk mempertahankan hujah masing-masing. Antara hujah pihak kerajaan seperti kehabisan arang batu dan petroleum, nuklear bersifat mesra alam, peluang pekerjaan yang tinggi dan sebagainya. Pihak pembangkang pula mengutarakan hujah-hujah seperti faktor keselamatan, kos yang tinggi, kelemahan tenaga nuklear dan lain-lain.

Menurut Dr Nurul, hujah pihak kerajaan perlu diperbaiki berbanding hujah pihak pembangkang yang lebih mantap. Berkemungkinan masa dan waktu yang tidak cukup untuk membuat persediaan menyebabkan hujah-hujah kurang mantap.

Pada pandangan saya:
Tenaga nuklear mempunyai pro dan kontranya. Tenaga nuklear wajar dibangunkan di Malaysia tetapi kerajaan perlu mengambil inisiatif yang lebih untuk mengkaji dan meneroka sumber ini dengan lebih menyeluruh seterusnya dapat melahirkan pakar-pakar dalam bidang nuklear tanpa mengambil pakar dari luar.
Peristiwa di Three Mile Islands, Chernobyl dan Fukushima harus dijadikan pengajaran untuk semua pihak agar peristiwa-peristiwa tersebut tidak berulang. Bak kata pepatah, jangan terhantuk baru nak tergadah.

No comments:

Post a Comment