1) Pemerhatian (observing)
- kemahiran menggunakan 5 deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu perkara
2) Pengkelasan (classifying)
- menggunakan pemerhatian untuk mengelas objek mengikut persamaan atau perbezaan
3) Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)
- kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai
4) Membuat inferens (inferring)
- kesimpulan awal untuk menerangkan kejadian, fenomena atau peristiwa berdasarkan pemerhatian yang dibuat.
5) Membuat ramalan (predicting)
- proses yang berlaku berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang hubungan pembolehubah
6) Komunikasi (communicating)
- kemahiran merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat dalam pelbagai bentuk.
7) Penggunaan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
- proses yang melibatkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa
8) Mentafsir data (interpreting data)
- kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul
9) Hipotesis
- membuat satu pernyataan yang menghubungkaitkan pembolehubah
-sekian-
No comments:
Post a Comment