20/09/2011

Minggu Kedua Kuliah No 3

Kelas bermula seperti biasa dan kami diperkenalkan dengan tajuk pembelajaran inkuiri. Pembelajaran inkuiri merupakan pembelajaran yang berasakan soalan dan merangkumi aspek-aspek berikut:

  1. Pendidikan - proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik.
  2. Pengajaran - tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pelajaran
  3. Pembelajaran - proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang boleh diaplikasikan.
  4. Instruksi - proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain.
  5. Teknologi - sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia.
  6. Penaksiran - proses mengumpul data tentang perkara yang pelajar tahu dan boleh lakukan. 

Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan teknik KWHL iaitu:

K - Know
W - Want
H - How
L - Learned

Teknik ini merupakan advance organizer untuk membantu pelajar menghubungkan sesuatu maklumat yang ingin dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada dalam diri pelajar.

No comments:

Post a Comment