13/09/2011

Cerita Hari Ini

Seperti biasa kelas bermula tepat jam 8 pagi. Hari ini kami belajar tentang penaksiran yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh Dr. Huda.


Penaksiran ---> merupakan proses mengumpul maklumat mengenai perkara yang kita tahu dan boleh dilakukan.


Sebagai seorang guru, proses penaksiran ini ibarat isi dengan kuku. Hal ini disebabkan proses penaksiran ini perlu berterusan dari masa ke masa. Contoh kaedah penaksiran ialah seperti :

  • kuiz
  • soal jawab
  • peperiksaan
Kami juga telah belajar tentang cara-cara membuat wikispaces. Baru saya tahu membuat wikispace amat menarik sekali. Di dalam wikispaces kami dikehendaki memasukkan fakta-fakta yang berkaitan dan boleh dibaca, dikongsi dan diubahsuai oleh orang lain.


~sekadar untuk dikongsi bersama~

No comments:

Post a Comment